Sumbangan Syaikh Yusuf Al-Makassari Abu Al-Mahasin Al-Taj Al-Khalwati (1626-1699) dalam Ilmu Tasawwuf Menerusi Manuskrip Karyanya Al-Barakah Al-Sailaniyyah
Isi Artikel Utama
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan biografi Syaikh Yusuf Makassari dan ajaran Tasawwufnya menerusi salah sebuah manuskrip risalah beliau yang bertajuk “al-Barakah al-Sailaniyyah”. Aspek menarik dari biografi beliau ialah sebagai ketua pejuang menentang penjajahan Belanda di Banten, Indonesia, sebagai Mufti dan penasihat agama di istana Sultan Banten, sehingga dibuang negeri ke Cylon atau Srilanka kemudian ke Cape Town, Africa Selatan dimana beliau menyebarkan agama Islam sehingga membentuk sebuah Masyarakat Islam. Isi manuskrip ini berkaitan dengan nama-nama zikir, cara berzikir, faedah berzikir, mukashafah, muraqabah dan kepentingan bertaubat serta berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Memandangkan manuskrip ini dalam Bahasa Arab seratus peratus maka penulis tidak menterjemahkannya seratus peratus sebaliknya hanya menerangkan beberapa aspek penting. Sekalipun manuskrip ini pendek tetapi cukup padat dalam bidang ilmu Tasawwuf sebagai panduan bagi mereka yang berminat dalam ilmu Tasawwuf.
Rincian Artikel

Artikel ini berlisensi Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.